CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 26 February 2012


"Bateri Yang Begitu Elok Kuasanya, Namun Bila Ada Satu Karat Meliputi Lapisan Terminalnya, Bateri Itu Tidak Akan Dapat Beri Guna Pada Alat Itu...

Begitulah Umpama Hati Kita, Allah Jadikannya Raja Kepada Jasad Dan Roh... Bila Ada Lapisan Debu-debu Dosa, Tidak Akan Terasa Takut Walau Diceritakan Azab Akhirat... Namun, Hanya Akan Takut Bila Masuk Tanah Dalam Mulutnya..."


Orang Sekarang Sentiasa Mengira-ngira Akan Kebaikan Yang Pernah Dilakukan... Sedang Orang Dulu Kejar Akhirat, Menulis-nulis Akan Kejahatan Yang Pernah Dilakukan Dalam Buku, Membacanya Setiap Malam, Menghitung Perlakuan Derkahanya Kepada Allah SWT Yang Kian Bertambah...


”Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandang (dengan penuh cinta dan kasih), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” (Al-Hadith)
 — with ArRa AtieyrRa.
Hadirlah Awal Ke Masjid Untuk Solat Jumaat, Kerna:

"Bila Tiba Hari Jumaat, Malaikat Datang Menunggu Dihadapan Pintu-pintu Masjid... Mereka Mencatit Nama Orang-orang Yang Hadir Awal Ke Masjid... Orang Yang Paling Awal, Pahalanya Seperti Mendapat Seekor Unta... Selepas Itu Seperti Orang Yang Mendapat Lembu, Selepas Itu Seperti Orang Yang Mendapat Kambing, Selepas Itu Seperti Orang Yang Mendapat Ayam, Selepas Itu Seperti Orang Yang Mendapat Telur... Apabila Imam Naik Ke Mimbar Untuk Berkhutbah, Lalu Para Malaikat Terus Menutup Buku-buku Catitannya, Bagi Mendengar Khutbah..."

"Yang Paling Jauh Bukannya Bintang, Mentari Pun Bukan Juga Rembulan… Tetapi Adalah Masa


 Yang Berlalu Dan Tidak Akan Kembali, Kelmarin Yang Luput Menjadi Secangkir Kenangan,


 Kelmarin Yang Terluput Mengukir Sesalan, Yang Ada Hanya Hari Ini Dan Akan Datang,


 Gunakan Hari Ini Sebaik Mungkin Kerana Hari Esok Belum Tentu Milik Kita, Sedangkan


 Semalam Telah Pergi Buat Selama-Lamanya..."

(Imam Asy-Syafi'ey
Betapa Nabi Muhammad SAW Kasih Kepada Umatnya, Sentiasa Mengharapkan Setiap Orang Dari Umatnya Masuk Syurga, Sehinggakan Di Akhirat Kelak, Baginda Menunggu Dan Tidak Masuk Syurga Lagi, Sambil Berdoa Kepada Allah:

"Rabbi, Sallim Sallim..."
"Tuhanku, Selamatkanlah, Selamatkanlah(Umatku)..."

Lalu, Bagaimanakah Kasih Kita Kepada Rasulullah SAW...?

10 Laluan Yang Bakal Dilalui Oleh Manusia Dari Dunia Sampai Akhirat, Bagaimana Cara Memudahkannya?

1. Laluan Menuju Ke Kubur
--> Jauhkan Dari Perbuatan Mengumpat Dan Mencaci
--> Hindarkan Perasaan Irihati
--> Jangan Terpengaruh Dengan Harta Dunia
--> Sucikan Qada' Hajat Dengan Istibra'

2. Laluan Untuk Berjumpa Izrail
--> Bersihkan Diri Dengan Bertaubat
--> Gembirakan Hati Orang Mukmin
--> Bayar Semula Qada' Yang Tertinggal
--> Kasih Sepenuh Hati Kepada Allah Taala

3. Laluan Untuk Bertemu Mungkar Nakir
--> Mengucap Dua Kalimah Syahadah
--> Suka Memberi Sedekah
--> Berkata Benar
--> Bersihkan Dan Perbaiki Hati

4. Laluan Untuk Memberatkan Timbangan
--> Sucikan Perkataan Dan Pakaian
--> Bersyukur Dengan Yang Sedikit
--> Suka Dan Redha Dengan Yang Didatangkan Oleh Allah
--> Belajar Atau Mengajar Ilmu Yang Bermanfaat

5. Laluan Memantapkan Amalan
--> Jauhkan Perkataan Yang Sia-Sia
--> Pendekkan Cita-Cita Dunia
--> Banyakkan Puji-Pujian Kepada Allah
--> Banyakkan Sedekah Dan Akhirat

6. Laluan Melalui Titian Siratul Mustaqim
--> Kasihilah Allah Taala
--> Berbaktilah Kepada Kedua Ibubapa
--> Berpegang Teguh Dengan Hukum Syarak
--> Bercakap Perkataan Yang Baik Sesama Makhluk

7. Laluan Menjauhkan Diri Dari Neraka
--> Banyakkan Membaca Al-Quran
--> Banyakkan Menangis Kerana Dosa-Dosa Yang Lalu
--> Tinggalkan Perkara Maksiat
--> Jauhkan Segala Yang Haram

8. Laluan Untuk Memasuki Syurga
--> Membuat Kebajikan Seberapa Banyak Yang Boleh
--> Kasihi Orang Yang Soleh
--> Kerjakan Segala Suruhan-Suruhan Allah
--> Merendahkah Diri Di Antara Semua Makhluk Allah

9. Laluan Berjumpa Dengan Nabi Muhammad SAW
--> Kasihilah Nabi Allah
--> Kasihilah Rasulullah SAW
--> Tuntutilah Yang Difardhukan Oleh Allah
--> Banyakkan Selawat Nabi Muhammad SAW

10. Laluan Untuk Bertemu Allah
--> Serahkan Seluruh Jiwa Raga Kepada Allah
--> Hindarkan Diri Dari Menderhaka Kepada Allah
--> Betulkan Dan Baikkan I'tiqad Kepada Allah
--> Bencikan Segala Yang DiharamkanNya


Dari Hadith Qudsi: Bagaimana Kamu Masih Boleh Melakukan Maksiat Sedangkan Kamu Tidak Dapat Bertahan Dengan Panasnya Terik MatahariKu. Tahukah Kamu Bahawa Neraka JahanamKu Itu:

1. Neraka Jahanam Itu Mempunyai 7 Tingkat.
2. Setiap Tingkat Mempunyai 70,000 Daerah.
3. Setiap Daerah Mempunyai 70,000 Kampung.
4. Setiap Kampung Mempunyai 70,000 Rumah.
5. Setiap Rumah Mempunyai 70,000 Bilik.
6. Setiap Bilik Mempunyai 70,000 Kotak.
7. Setiap Kotak Mempunyai 70,000 Batang Pokok Zarqum.
8. Di Bawah Setiap Pokok Zarqum Mempunyai 70,000 Ekor Ular.
9. Di Dalam Mulut Setiap Ular Yang Panjang 70 Hasta Mengandungi Lautan Racun Yang Hitam Pekat.
10. Juga Di Bawah Setiap Pokok Zarqum Mempunyai 70,000 Rantai.
11. Setiap Rantai Diseret Oleh 70,000 Malaikat.

Orang Bijak Ialah Yang Memikir Berdasarkan Pandangan Akhirat, Yakni Yang Lihat Kekurangan


Dirinya, Dia Yang Jahil, Dan Dia Yang Banyak Dosa, Lalu Dia Perbetulkan Keadaan Dirinya Dan


Mencari Amalan Atau Saham Yang Memberi Keuntungan Selepas Dia Mati...

Saturday, 25 February 2012

Ayat - ayat yang elok untuk diamalkan setiap hari

1. SURAH AL-FATIHAH
Amalkan membaca Surah Al-Fatihah semasa hendak tidur diikuti dengan membaca Surah Al-Ikhlas 3 kali, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas. Insya' Allah akan aman tenteram dan terjauh daripada gangguan syaitan. Dianjurkan juga membaca surah ini sebanyak 44 kali untuk mengubati sakit mata, perut, gigi dan lain-lainnya dengan izin Allah s.w.t. Untuk mencegah kemarahan Allah, bacalah surah ini sebanyak 17 kali sehari iaitu dengan mengerjakan solat 5 waktu.
2. SURAH YAASIN
Telah bersabda Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam,
"Sesungguhnya bagi setiap sesuatu itu ada hati, dan hati Al-Qur'an ialah Surah Yaasin iaitu jantung Al-Qur'an. Sesiapa yang membaca Surah Yaasin, nescaya dituliskan oleh Allah pahala menyamai sepuluh kali membaca Al-Qur'an seluruhnya."
(Hadis riwayat At-Tarmizi dari Anas r.a.)

Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam juga bersabda:
"Surah Yaasin dinamakan di dalam kitab Taurat dengan sebutan "At-Mu'ammah" (yang umum), yang mengumumkan pembacanya dengan kebaikan dunia dan akhirat, menanggung segala bala baik dari kesusahan di dunia mahupun akhirat. Pembaca juga akan dilindungi dari setiap keburukan dan kejahatan serta segala hajat dan kemahuan akan Allah kabulkan. Jika dibaca dalam satu malam semata-mata mengharapkan keredhaan Allah, nescaya Allah akan mengampunkan dosanya."
(Hadis riwayat Malik, Ibnu-Sunni dan Ibnu Hibban).

Surah Yaasin ini juga jika diamalkan, akan terselamatlah kita dari kehausan di hari KIAMAT.
3. SURAH AD-DUKHAN
Dibaca sekali pada malam Jumaat agar kita terselamat dari huru hara di Padang Mahsyar.
4. SURAH AL-WAQI'AH
Menurut beberapa hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, mereka yang mengamalkan membaca Surah Al-Waqi'ah pada setiap malam, insya' Allah tidak akan merasai kepapaan. Mereka yang membacanya sebagai wirid, insya' Allah akan beroleh kesenangan selama-lamanya. Mereka yang membacanya sebanyak 14 kali setiap lepas solat Asar, insya' Allah akan dikurniakan dengan rezeki yang banyak.
Selepas solat 'Isya', ambillah segelas air lalu bacalah Surah Al-Fatihah sekali, Ayatul Qursi sekali dan Surah Al-Waqi'ah ayat 35-38 sebanyak 7 kali. Tiup dalam air dan minum. Dalam hati, niat untuk menjaga kecantikan diri dan kebahagiaan rumahtangga.
Makna Surah Al-Waqi'ah Ayat 35-38 ialah :
"Sesungguhnya, Kami telah menciptakan isteri-isteri mereka dengan ciptaan istimewa. Serta Kami jadikan mereka sentiasa dara (yang tidak pernah disentuh), yang tetap mencintai jodohnya serta yang sebaya dengan umurnya."

5. SURAH AL-KAUTSAR
Sesiapa yang mengamalkan membaca surah ini sebanyak 1,000 kali, maka Allah s.w.t. akan menghasilkan hajatnya termasuk rezeki dan kenaikan pangkat. Sesiapa yang membaca 1,000 kali juga selepas solat 'Isya' hingga dia tertidur, insya' Allah dia dapat melihat Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam dalam tidurnya.
6. SURAH AL-KAAFIRUUN
Sesiapa yang membaca Surah Al-Kaafiruun, maka bandingannya seperti membaca seperempat Al-Qur'an, disamping terlepas dari syirik, terjauh dari godaan syaitan dan terlepas dari peristiwa yang mengejutkan (Riwayat At-Tarmizi).
Sebelum tidur, bacalah surah ini agar kita mati dalam iman serta membersihkan kotoran dalam diri kita.
7. SURAH AL-MULK
Sebuah lagi Surah dari Al-Qur'an iaitu Surah Al-Mulk mempunyai fadhilat dan faedah yang amat besar bagi sesiapa yang mengamalkan membacanya. Menurut beberapa hadis Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam, mereka yang mengamalkan membaca akan surah ini, akan mendapat syafaat dan keampunan dosa-dosanya. Mereka yang membacanya pada setiap malam, insya' Allah, akan terselamat dari azab kubur.
8. SURAH AL-IKHLAS
Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda kepada isteri kesayangan baginda, Siti 'Aisyah, antara mafhumnya :
"Wahai 'Aisyah isteriku, sebelum kamu tidur, khatamlah dulu Al-Qur'an."
Siti 'Aisyah lalu berkata, "Wahai suami ku, saya tidak mampu khatam Al-Qur'an sebanyak 30 juzuk itu."
Apabila mendengar kata-kata Siti 'Aisyah tersebut, Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam sambil tersenyum lalu menjawab, "Barangsiapa yang membaca 3 kali sebelum tidur, seolah-olah ia telah khatam Al-Qur'an keseluruhannya."
Dari Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pernah bersabda kepada Saidina Ali r.a.,
"Sesiapa hendak pergi musafir, kemudian ketika dia hendak meninggalkan rumahnya, ia membaca surah Al-Ikhlas 11 kali, maka Allah memelihara rumahnya sampai ia kembali."

Ibnu Said Al-Khanafi menerangkan :
"Surah ini dinamakan Surah Al-Ikhlas, ertinya bersih atau lepas. Maka barangsiapa yang membacanya dan mengamalkannya dengan hati yang ikhlas, maka ia akan dilepaskan kesusahan duniawi, dimudahkan di dalam gelombang sakaratulmaut, dihindarkan dari kegelapan kubur dan kengerian hari kiamat."

9. SURAH AL-FALAQ
Siti 'Aisyah menerangkan:
"Bahawa Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam pada setiap malam apabila hendak tidur, Baginda membaca Surah Al-Ikhlas, Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas lalu ditiupkan pada kedua telapak tangan, kemudian disapukan keseluruh tubuh dan kepala. Barangsiapa terkena penyakit kerana perbuatan syaitan atau manusia, hendaklah membaca Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 41 kali selama 3 hari, 5 hari atau 7 hari berturut-turut. Barang siapa yang takut akan godaan syaitan dan manusia, takut dalam kegelapan malam atau takut dengan kejahatan manusia, bacalah Surah Al-Falaq dan Surah An-Nas sebanyak 100 kali."

10. SURAH AN-NAS
Surah An-Nas adalah surah yang terakhir (ke-114) dalam Al-Qur'an. Nama An-Nas diambil dari kata An-Nas yang berulang kali disebut dalam surah ini yang bermaksud manusia. Surah ini termasuk dalam golongan surah makkiyah. Isi surah ini adalah bagi menganjurkan manusia memohon perlindungan kepada Allah dari godaan syaitan baik yang berasal dari golongan manusia mahu pun jin. Surah An-Nas ini juga adalah penerang hatiLinkWithin

Kelebihan zikir ' Laailaha illallah'

Di mana sahaja dan pada apa sahaja masa hendaklah baca zikir ‘Laailaha illallah’ denan banyaknya
Kelebihan:
1. Di dalam hadis bahawa zikir yang tidak terhad kepada sebarang masa, tempat dan alasan ialah‘Laailaha illallah’. Ia merupakan zikir yang cemerlang. Di dalam hadis yang lain bahawa ia adalah bentuk kebaikan yang tertinggi.
2. Di dalam hadis yang lain bahawa Rasulullah SAW telah bersabda: pada hari kiamat orang yang paling beruntung mendapat syafaatku ialah orang yang banyak membaca kalimah ‘Laailaha illallah’dengan hatinya dan jiwanya iaitu dengan hati yang ikhlas.
3. Di dalam hadis yang lain, Rasulullah SAW bersabda: Orang yang membaca ‘Laailaha illallah’ di dalam keadaan penuh keikhlasan di dalam hatinya atau iman bersamaan dengan sebiji barli, maka ia akan dikeluarkan dari neraka jahanam. Dan orang yang membaca kalimah ini dan di dalam hatinya terdapat keikhlasan atau iman bersamaan sebesar biji gandum maka ia akan dikeluarkan dari api neraka jahanam dan orang yang membaca dengan penuh kebaikan atau iman maka ia juga akan dikeluarkan dri api Neraka Jahanam.
4. Di dalam hadis lain terdapat: Orang yang membaca kalimah ‘Laailaha illallah’ dari hatinya, ia pasti akan memasuki syurga walaupun ia melakukan dosa seperti berzina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri, walaupun ia melakukan zina dan mencuri. (Nabi SAW telah mengulangkannya sebanyak 3 kali)
5. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Hendaklah kamu sentiasa perbaharui iman kamu. Para sahabat Rasulullah SAW berkata ‘Wahai Rasulullah SAW, bagaimanakah kami perbaharui iman kami? Rasulullah SAW menjawab ‘ucapkanlah Laailaha illallah sebanyaknya’.
6. Hadis lain: Rasulullah SAW bersabda: Tiada yang dapat menghalang kalimah ‘Laailaha illallah’sampai kepada Allah
7. Hadis lain: Zikir ‘Laailaha illallah’ tidak akan meninggalkan satu dosa pun di belakang dan tiada satu amalan yang menyamainya.
8. Hadis lain: Jika tujuh petala langit dan bumi diletakkan di satu dacing dan dengan kalimah‘Laailaha illallah’ diletakkan di atas dacing yang lain, maka (kalimah) lebih berat lagi.
9. Dalam hadis: Apabila seorang hamba mengucapkan kalimah ‘Laailaha illallah’ dengan ikhlas hati, maka pintu langit terbuka bagi kalimah ini sehingga ia sampai ke Arasy, dengan syarat ia menjauhkan diri dari dosa besar.

Sucikanlah 4 hal Dengan 4 Perkara

Wajahmu dengan linangan airmata keinsafan..
Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu..
Hatimu takut dan gementar dengan kehebatan Rabbmu..
Dan dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang memilikimu...






Friday, 24 February 2012

Cinta Ini Selalu Untukmu...

Saat hati ini berkata
kau lah yang akan menjadi terakhir dihati ini
aku tahu, engkaulah segalanya bagiku
kehidupan ku akan terasa hampa, tanpa kehadiran mu
Aku sedar
aku terlalu menyayangimu
aku belum mampu tanpamu
kau sebagian dari hidup ku
Ketika bersamamu
aku menemukan erti memiliki
aku menemukan sebuah kebahagian
aku menemukan apa yang tak aku temukan diperjalan cintaku
Sayang..
kau harus tahu
cinta ini akan selalu milikmu
selamanya aku selalu milikmu
jangan pernah belajar untuk meninggalkan aku
kerana aku..
SANGAT MENCINTAI DIRI MU SEPENUH HATI KU.. :)

Tika Cintamu Diuji...

Berjalanlah…
teruskan perjalananmu…

Redahlah onak duri dihadapanmu
usah kau hirau pada sakit yang menyentap jiwamu
usah kau peduli pada susahnya jalan yang kautempuhi
kerana itu memang jalanmu
kerana itu memang pilihanmu
sakit itu hanya di dunia fana
sakit itu hanya sekelumit cuma

engkau punya matlamat
engkau punya prinsip
maka bawalah ia walau susah mana sekalipun
engkau yakin bukan, bahawa jalan yang kaupilih
merupakan jalan yang benar?
engkau yakin bukan , bahawa engkau di pihak yang benar?
engkau juga yakin bukan, bahawa hidupmu adalah untuk mencari redha-NYA?
Duhai hati berjiwa mujahidah,
luruskan hatimu
bulatkan tekadmu
kuatkan azammu
yakinkan dirimu
bahawa Allah itu ada bersamamu

Ya! ALLAH ITU ADA..
Semaikan rasa sabar
pasakkan tiang ikhlas
kuatkan semangat jihad
insyaAllah, moga dikau istiqamah
pada jalan ini

Andai Dapat Kau Dengarkan....

Andainya dapat engkau mendengarkan,
Suara di hatiku melagukan rindu,
Kiranya engkau mampu mentafsirkan,
Setiap bait kata-kata yang terucap,
Pasti dirimu kan memahami,
Harapan kasih yang terbina,
Sekian lama di sudut hatiku..

Hanyalah untukmu,
Bukanlah aku sengaja,
Melindungi rasa dijiwa,
Namun bimbang diri kan terleka,
Hanyut dibuai angan dan mimpi indah,
Hingga terabai segala cita..

Sedang khayalan tak menjanjikan segunung kebahagiaan,
Sebagai mahar hantaran,
Apakah mungkin engkau mengerti,
Setiap cinta yang dilafazkan,
Bukanlah sekadar mainan,
Tetapi sebuah janji,
Andainya dapat engkau mendengarkan..

Suara hatiku melagukan rindu,
Kiranya engkau boleh mentafsirkan,
Setiap bait kata yang terungkap,
Pasti dirimu dapat melihat,
Rahsia kasih yang lama terpendam,
Sekian lama di sudut hatiku,
Hanyalah untuk mu, sayangku.. :)