CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Tuesday, 10 April 2012

Jika rindukan seseorang,
pejamkanlah mata & ucapkanlah:
Bismillahirrahmanirrahim
Ya Allah Ya Ilahi,
Aku rindukannya kerana-MU
Jauhkanlah aku dari perkara yang membuatkan aku lupa kepada-MU



Allah Taala berfirman:
"Wahai orang-orang yang beriman!
Mohonlah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar & solat. Sungguh, Allah beserta orang-orang yang sabar."
(Al-Baqarah, 2: 153)

Kenapa segala macam apa yang ada di syurga nanti,
Tiada yang mustahil,
Tiada yang tak mungkin,
Tiada yang tak boleh dan
Tiada satu pun keinginan penghuni syurga akan dikecewakan?

Sebab,
Itulah ganjaran dari Allah SWT Maha Mencintai & Maha Mengasihi buat hamba-Nya yang bersabar di atas ujian-ujian yang membawa 'Mesej  Cinta & Panggilan Rindu' dari-Nya agar kita tidak pernah lupa, berputus harap, doa & pengaduan kepada Dia.
Sambutlah & Jawablah
'Panggilan Rindu & Mesej Cinta' dari Dia sebelum terlambat.
Takut-takut disebabkan 'Panggilan Rindu Tak Berangkat' & 'Mesej Cinta Tak Berbalas',
Anda Tidak Akan Terima Sebarang 'Panggilan Rindu & Mesej Cinta' dari-Nya lagi ;(

Jangan terlalu kerap untuk meluahkan perasaan di atas hamparan helaian 'Muka Buku',
Luahkan di atas hamparan sejadah.
Siap boleh nanges-nanges lagi.
Kalau Nak Tau Best Ke Tak,
Mari Try! ;D

Allah SWT 'Menyulam Kasih' didalam 'Surat Cinta-Nya', yang bermaksud:
"Dan jika syaitan mengganggumu dengan suatu godaan, maka mohonlah perlindungan kepada Allah. Sungguh, Dialah Yang Maha Mendengar, Maha Mengetahui."
(Fussilat, 41: 36)


.The Beauty of Islam.
Lets mengislahkan Diri.
Allah SWT Mengukir Bertintakan Kasih didalam 'Naskhah Cinta', yang bermaksud:
Katakanlah, "Pertolongan itu hanya milik Allah semuanya. Dia memiliki kerajaan langit & bumi. Kemudian kepada-Nya kamu dikembalikan."
(Az-Zumar, 39: 44)




I say: It's impossible.
Allah says: All is possible. Be tough & stay with Me.




I say: I'm too tired.
Allah says: I'll give u rest.




I say: I can't do it.
Allah says: U can do everything as long as u with Me.




I say: I can't forgive myself for what that I've done.
Allah says: I forgive u. Just trust to Me.




I say: I fell alone. Nobody cares about me.
Allah says: I'll never leave u alone. Believe Me.




I say: Nobody loves me.
Allah says: No matter what. I love u.

Friday, 6 April 2012

Jika hati gundah dan sedih
Jgn dipendam dlm hati
Andai tiada teman disisi
Kembalilah kpd Illahi

Jika menangis...UNGKAPKAN
Jika bersedih...LUAHKAN
Jika menyesakkan hati...KELUARKAN
Biarkan kata hati...Mengalir dlm PUISI

PUISI SAKIT HATI...
Terapi bagi hati yg terluka
Tak ada yg tahu
Tak ada yg peduli
Tak ada yg dengar
Jeritan hampa ini

Tentang rindu kusam
Tentang cinta terbuang
Tentang sayang hilang
Mengutip namamu di antara keluh kesah
Gundah gelisah, air mata dan lara

Jika masih ada ruang di hatimu
UNTUKKU...sedikit sahaja...BERBICARALAH dgnku
Setidaknya biarlah ada tanda
Yg bisa kubaca dan kuraba

Aku tertawa dlm kekalutan
Aku tersenyum dlm hinaan diri
Aku dan senyumku
Mengikut diam termenung

Terlalu jauh utk meraih bintang
Disaat terpikir tentang dia
Yg entah ada dimana
Mencari dan menunggu
Hanya merasakan sakit dihati
Begitu terseksa menunggu yg di nanti

Siapa yg tak sakit hati
Melihat kekasih hati
Mencari kekasih lagi
Aku yg menunggu bagaikan
Pungguk rindukan bulan

Siapa yg tak sakit hati
Rasanya sakit sekali
Air mata tak terbendung lagi
Ku menangis sampai pagi
Sakit hati kerna dikianati

Dimanakah perasaanmu
Hatiku tak seperti baja...
Aku bukanlah boneka....,yg bisa kau permainkan
Aku bukan Tuhan....,yg bisa tunaikan permintaanmu

Kau takkan tinggalkan aku
Kau ucap 1000 kali kata maaf pdku
Itu...yg membuat aku semakin terluka
Bukan ku membencimu...
Bukan ku tak mgharapkan kasihmu

Kata maaf...terlalu indah dibibir
Sungguh sulit utk memaafkan
Akan tetapi Allah jualah yang memberi petunjuk
Melainkan dengan pertolongan Allah.
Kepada Allah jualah aku berserah diri
dan kepadaNyalah aku kembali...

Tuesday, 3 April 2012

✿Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ♥♥ Assalamualaikum ♥♥ Ƹ̵̡Ӝ̵̨̄Ʒ✿

Cinta umpama secawan madu dengan hempedu. Dilimpahi dengan kemanisan tetapi juga dipenuhi dengan pancaroba. Jika kita ingin merasai kemanisannya, jangan lupa untuk bersedia merasai kepahitannya juga.

*¨¨*•♪ღ♪*•.¸ ¸¸.•*¨¨*•♪ღ♪*•*¨☮¨*☮•♪
─▄████▄████▄
██▒▒▒▒█▒▒▒▒██(¯`•´¯)
▀██▒▒▒▒▒▒▒██▀.*•❀•*
─▀██▒▒▒▒▒██▀.•..(¯`•´¯)
───▀██▒██▀(¯`•´¯)*•❀•*
─────▀█▀...•..*•

(¯`v´¯) MuHaSaBaH dIrI =) =) =)
`•.¸.•´`•.¸•*¨¨*•.¸¸❤ CINTA ALLAH CINTA ABADI. ~  ~ ♥

KeRaNa CiNTa aKu KuaT

Apa rahsia terbesar dalam hidup ini? 

Melewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Dengan cinta hidup menjadi indah. Dengan ilmu hidup menjadi mudah. Dan dengan iman hidup menjadi terarah.

Namun, adakala aku tersasar dalam hidupku. Tanpa arah dan tujuan. Aku meraba dalam gelap. Menitis air mataku di setiap perjalanan. Mengesat peluh yang tidak kesampaian.

Aku tidak sempurna.
Tetapi adakah aku hidup untuk mengejar ke arah kesempurnaan?

KESEMPURNAAN HIDUP

Dalam suatu perjalanan hidup, cita-cita terbesar setiap insan adalah menuju kesempurnaan. Ada kalanya kita mesti berjuang, serta belajar menyingkap segala rahsia kehidupan.

Mungkin kita berfikir, perjalanan menuju kesempurnaan adalah proses yang menentukan setiap tapak langkah kita. Setiap hembusan nafas, detik jantung, dari siang menuju malam. Semua menuju titik yang sama, kesempurnaan.

Setiap insan mempunyai hak yang sama atas waktu.

Tidak ada seorang pun melebihi dari yang lain. Namun tak jarang setiap kita berbeza dalam menentukan sikapnya. Ada yang berjuang untuk melaluinya dengan membunuh waktu. Tidak pula sedikit yang merasakan sempitnya kesempatan yang dia ada.

Perasaan kecewa pula seringkali singgah kerana matlamat yang tidak kesampaian. Memilih liku – liku hidup di persimpangan. Mengenal kawan yang akhirnya menjadi lawan. Mengetahui kebaikan dalam kejahatan.

Tetapi yang akhirnya aku, kau dan mereka akan mengerti. Bahawa setiap perjalanan pasti ada ujian dan cabaran. Setiap pertemuan pasti ada perpisahan. Setiap kebahagiaan tercoret kedukaan.

Apapun pilihan yang dilalui. Akan ku tempuhi hidup ini demi pengalaman. Akan ku semat iman demi Tuhan. Agar aku menjadi sebaik insan yang solehah.

Akan ku lewati hari ini dengan penuh makna. Makna tentang cinta, ilmu, dan iman. Kerna dengan cinta buat hidupku menjadi indah. Dengan ilmu hidupku menjadi mudah. Dan dengan iman hidupku menjadi terarah. Dan untuk itu, bersedialah untuk diuji.

Seperti mafhum sabda junjungan: "Jika Allah mencintai sesuatu kaum, Dia akan mengujinya. Sesiapa yang reda dengan Allah, Allah reda dengannya"

KeTaHuiLaH...

Bila Allah cepat makbulkan Doamu, Maka DIA Menyayangimu, 
Bila DIA Lambat Makbulkan doamu, Maka DIA Ingin Mengujimu, 
Bila DIA Tidak Makbulkan Doamu, Maka Dia Merancang Sesuatu Yang lebih Baik Untukmu.
Oleh itu, Sentiasalah Bersangka Baik Pada ALLAH Dalam Apa Jua Keadaan Pun... Kerana Kasih sayang ALLAH Itu Mendahului KemurkaanNya.
Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN.
Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN.
Dan setiap kesabaran pasti ada GANJARAN.
Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat MENGHALANG.
Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.
Sekuat mana pun godaan yang kita hadapi, sekukuh apa pun cubaan yang harus kita depani, sebesar apa pun kegagalan yang kita rasai, sesusah mana pun hari-hari yang kita lalui, jangan pernah berhenti berharap pada Allahu Rabbi. Jangan berhenti berdoa pada Ilahi.
Kerana apa?
Kerana harapan adalah masa hadapan Kerana harapan adalah sumber kekuatan.
Kerana apa?
Kerana doa adalah pintu kebaikan Dan kerana doa adalah senjata orang beriman.
Tenang-tenangkanlah dirimu.
Belajar-belajarlah pasrah dan redho atas segala ketentuanNya.
Sedarlah diri kita hanya insan kerdil yang lemah tidak berdaya.
Dari Allah kita datang, dan kepada Allah jualah kita kembali.
Sabarlah dengan ujian hidupmu.
Kerana akhirat itu yang lebih utama.

BiLa DuGaaN DaTaNG MeLaNDa...

Carilah hikmah dalam setiap ketentuan TUHAN, supaya timbul KESABARAN dan KESYUKURAN.
Setiap yang payah pasti ada KESENANGAN.
Dan setiap kesabaran pasti ada GANJARAN.
Jika sesuatu itu ditakdirkan untuk kita, tiada siapa yang dapat MENGHALANG.
Namun, jika ia ditakdirkan bukan untuk kita, pasti takkan dimiliki walaupun sudah berada dalam GENGGAMAN.
Setiap hari adalah sebuah pembelajaran. Di mana kita menemui pengalaman yang sentiasa berubah...
Apakah aku telah belajar?

@ku belajar,
Bahawa aku tidak dapat memaksa orang lain mencintai aku,
Aku hanya dapat melakukan sesuatu untuk orang yang Aku cintai..

@ku belajar,
Bahawa memerlukan waktu bertahun-tahun untuk membangun kepercayaan dan hanya beberapa detik saja untuk menghancurkannya...

@ku belajar,
Bahawa sahabat terbaik bersama aku dapat melakukan banyak hal dan
kami selalu memiliki waktu terbaik.

@ku belajar,
Bahawa orang yang aku kira adalah orang yang jahat,
Justeru adalah orang yang membangkitkan semangat hidup aku kembali
Serta orang yang begitu perhatian pada aku.

@ku belajar,
Bahawa persahabatan sejati sentiasa tumbuh walau dipisahkan oleh jarak yang jauh.
Beberapa diantaranya melahirkan cinta sejati.

@ku belajar,
Bahawa jika seseorang tidak menunjukkan perhatian seperti yang @ku inginkan,
Bukan bererti bahawa dia tidak mencintai AKU...

@ku belajar,
Bahawa sebaik-baiknya pasangan itu,
Mereka pasti pernah melukai perasaan AKU....
Dan untuk itu @KU harus memaafkannya....

@ku belajar,
Bahawa saya harus belajar mengampuni diri sendiri dan orang lain...
Kalau tidak mahu dikuasai perasaan bersalah terus menerus...

@ku belajar,
Bahawa lingkungan dapat mempengaruhi peribadi @ku,
Tapi AKU harus bertanggungjawab untuk apa yang AKU telah lakukan...

@ku belajar,
Bahawa dua manusia dapat melihat sebuah benda,
Tapi kekadang dari sudut pandang yang berbeza...

@ku belajar,
Bahawa tidaklah penting apa yang AKU miliki,
Tapi yang penting adalah siapa AKU ini sebenarnya..

@ku belajar,
Bahawa aku harus memilih apakah menguasai sikap dan emosi
Atau sikap dan emosi itu yang menguasai diri AKU..

@ku belajar,
Bahawa AKU punya hak untuk marah,
Tetapi itu bukan bererti AKU harus benci dan berlaku bengis...

@ku belajar,
Bahawa kata-kata manis tanpa tindakan adalah saat perpisahan
dengan orang yang AKU cintai..

@ku belajar,
bahawa orang – orang yang sangat AKU kasihi,
Sering diambil segera dari kehidupan AKU...

Love does’nt make the world go round.
Love is what makes the ride worth while.

Buat diriku yang masih perlu belajar,
Semoga @KU lebih mempelajari dan memahami hidup ini...
 
Andai hati masih mampu berkata tidak
Pada keinginan yang masih ada
Leraikanlah ia dari bebanan sesak di dada
Kelak ia akan meruntun jiwa lebih lara
Yakin dan ingat Dia
Yang menentukan segalanya
Bukan kita yang menentukan
Yang terbaik untuk kita
Lakukankah keranaNya
Bukan sebab lain
Agar Dia membelai dan merawat
Semangat kan kembali pulih
Dan bersemangat seperti sedia kala
Fokus ke hadapan
Usah lagi toleh ke belakang
Ayuh senyum
Kerana Dia sentiasa senyum padamu jua
(¯`v´¯)
`·.¸.·´`·.¸•*¨¨*•.¸¸♥`·.¸.¸¸.•*♥
Hidup mengajari kita untuk selalu bersyukur setiap saat,

Mengambil hikmah dalam setiap kejadian,

Dan berusaha untuk menjadi yang lebih baik,

Allah maha mengetahui perjuangan yg telah kita lakukan selama ini,

Allah juga mengetahui beratnya usaha kita,

Dan Allah pun tau betapa penat dan lelahnya kita,

Tapi, tetap tersenyumlah....

Kerana ternyata bukan hanya senyuman yg akan Allah balas untuk kita

Tapi syurga Nya telah menanti bagi orang ~ Orang yg mahu bersabar selama berjuang dijalan Nya.... 
Semakin jauh ku renungi diri
Semakin dekat kekasih di hati

Dia mentari akulah sinarnya
Dia lautan akulah airnya

Kalaulah ada selain darimu
Biarku hancur dan menjadi
debu

Bila hadir cinta yang satu
Tidak ku peduli seteru
Menghukum aku dengan dusta
Neraca dunia hakimnya

Kerana cinta
Biar aku dianggap gila
Terbang dengan sayap illusi
Bertutur dalam bahasa hati

Bila hadir cinta yang satu
Jangan ditanya siapa dia
tanya dia siapa kita
Dan pulang kemana akhirnya..

TiDaK MuDaH...

Tidak MUDAH...Tapi Akan Terasa INDAH


Tidak MUDAH tersenyum ketika hati menangis dan terhiris
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari itu adalah sebahagian dari kasih Ilahi ... Agar Allah memindahkan kebaikan-kebaikan orang yang menyakiti kita

Tidak MUDAH bangkit dalam keadaan terpuruk
Tapi akan terasa INDAH ketika kita menyedari...
Bahawa Allah sedang menyapa dengan cinta-Nya Agar kita tumbuh besar dan kuat

Tidak MUDAH memberi ketika diri sendiri dalam kekurangan
Tapi akan terasa INDAH ketika kita dapat membahagiakan orang lain
Bukan membahagiakan diri sendiri

Tidak MUDAH memaafkan ketika kita dibenci dan di hina
Tapi akan terasa INDAH kalau itu adalah sebahagian dari penyucian diri...
Dan ikhlas hanya mengharap redha Ilahi

Tidak MUDAH melupakan kegagalan ketika kita masih berkubang didalamnya Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itu adalah awal dari kejayaan kita

Tidak MUDAH melupakan masa lalu yang menyakitkan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari itulah jalan yang harus ditempuh Untuk mengawali kebahagiaan yang akan diberikan Allah sebagai penggantinya

Tidak MUDAH menghilangkan duka kerana kehilangan
Tapi akan terasa INDAH ketika menyedari...
Bahawa Tuhan telah meminjamkan kepada kita beberapa saat

Tidak MUDAH menghadapi penderitaan dan cubaan yang terus mendera
Tapi akan terasa INDAH ketika menumbuhkan kesabaran dan rasa syukur Dan menyedari itu adalah sebahagian dari cara Allah menyayangi hambaNya... Seperti Allah menyayangi para Nabi dan Rasul-Nya..
: ♥ DOA UNTUK IBU BAPA ♥ ::

Ya Allah
Rendahkanlah suaraku bagi mereka
Perindahlah ucapanku di depan mereka
Lunakkanlah watakku terhadap mereka dan
Lembutkan hatiku untuk mereka

Ya Allah,
Berilah mereka balasan yang sebaik-baiknya, atas
didikan mereka padaku dan Pahala yang besar atas
kesayangan yang mereka limpahkan padaku,peliharalah
mereka sebagaimana mereka memeliharaku.

Ya Allah,
Bila magfirah-Mu telah mencapai mereka sebelumku,
Izinkanlah mereka memberi syafa'at untukku.
Tetapi jika sebaliknya, maka izinkanlah aku memberi
syafa'at untuk mereka,sehingga kami semua berkumpul
bersama dengan santunan-Mu di tempat kediaman
yang dinaungi kemulian-Mu, ampunan-Mu serta rahmat-Mu... .

Sesungguhnya Engkaulah yang memiliki Kurnia Maha
Agung, serta anugerah yang tak berakhir dan Engkaulah
yang Maha Pengasih diantara semua pengasih.

Amin Ya Rabbul Alamin.
Kita pernah "DISAKITI"
dan mungkin pernah "MENYAKITI"
tapi kerana itu kita BELAJAR
tentang bagaimana cara menghargai, menerima, berkorban dan memperhatikan..

:: Kita pernah "DITIPU"
dan mungkin pernah "MENIPU",
tapi dari itu kita belajar tentang KEJUJURAN..

:: ★ :: Andaikan kita tidak pernah melakukan kesalahan dalam hidup ini, mungkin kita tidak pernah belajar MEMINTA MAAF dan MEMBERI MAAF..

:: ★ :: Setiap waktu yang telah kita habiskan dalam hidup ini, tidak akan terulang kembali. Namun ada satu hal yang masih tetap boleh kita lakukan..
iaitu BELAJAR dari masa lalu untuk hari ESOK yang lebih baik.

"Semalam adalah sejarah, hari ini penentu realiti..& esok suatu yang misteri"

★ Hidup adalah proses,
Hidup adalah belajar.
Tanpa ada batas umur,
Tanpa ada kata tua

★ JATUH, berdiri lagi
KALAH, mencuba lagi
GAGAL, bangkit lagi
Sampai Allah memanggil:
"Waktunya kita KEMBALI.
 —

Ya Allah, sepertimana Engkau mencantikkan kejadianku, maka cantikkan (perbaiki) pula akhlakku..amin


"..aku mahu jadi lebih baik walaupun tidak bisa padamkan kesalahan-kesalahan masa lalu.."


♥ BIAR DIA TAHU, SAYA TAK KISAH ♥

Biar dia SALAH SANGKA... Biar dia SALAH ANGGAP... Biar dia SALAH MENDUGA... Biar dia TAHU YANG BURUK... Sebelum MENGHARAP yang baik-baik...

Kalau dia IKHLAS, dia akan sedia MENERIMA KEKURANGAN yang ada, dari hanya mengharap yang baik dan sempurna...

Apa guna menghabiskan masa menunjukkan kebaikan, bila dia TIDAK BOLEH MENERIMA KELEMAHAN DAN KEKURANGAN ? Biar dia tahu saya tak pandai itu, saya tak pandai ini...

Biar dia tahu, saya mungkin tak dapat memenuhi EXPECTATION dia yang tinggi melangit itu... Biar dia tahu, saya pernah punya MASA LALU, namun saya masih punya MASA HADAPAN...
Pakaian paling indah didunia adalah ♥˚SENYUM RAMAH˚♥

Kebiasaan paling merosak adalah ♥˚KHUATIR˚♥

kegembiraan terbesar adalah ♥˚MEMBERI DENGAN IKHLAS˚♥

Keperibadian terburuk adalah ♥˚EGOIS˚♥

Manusia paling berbahaya adalah ♥˚PENYEBAR FITNAH˚♥

Komputer paling hebat didunia adalah ♥˚AKAL MANUSIA˚♥

Senjata paling berbahaya adalah ♥˚LIDAH˚♥

Kekayaan terbesar adalah ♥˚KEBIJAKSANAAN˚♥

Harta terbaik adalah ♥˚KEJUJURAN˚♥

Harta tiada habisnya ♥ SYUKUR ♥

Senjata terkuat adalah ♥˚KESABARAN˚♥

Aset terbesar adalah ♥˚IMAN˚♥

Alat komunikasi paling hebat adalah ♥˚DOA˚♥.

kata paling penuh kekuatan adalah ♥˚AKU PASTI BOLEH KERANA ALLAH˚♥.
 
 Dalam BISIKAN DOA, ada SEGARIS NAMA yang ku mohon pada Allah..seandainya benar dia, semoga Allah permudahkan semua..ku sampaikan SALAM RINDU, moga kamu akan terus BAIK-BAIK saja..dan moga Allah MENJAGA kamu, seperti mana Dia menjagaku..mudah-mudahan..

.Salam rindu dan pengharapan.
Ada PERKARA yang ingin kita BUANG JAUH-JAUH..kita lemparkan ke hujung dunia, kita HAPUSKAN dari minda dan ingatan..bukan kerana kita MEMBENCI, tetapi kerana menyedari jika kita mengingatinya, hanya membuat kita terikat kepada SEBUAH KESEDIHAN..jika terus menyimpannya, hanya membuat kita terkaku pada SEBUAH ANGAN-ANGAN..

p/s : Bukan membenci..bukan berputus asa, cuma SEDAR DAN FAHAM..ada sesetengah perkara, memang BUKAN HAK KITA..... :)

:: MENJAUHI bukanlah bermakna membenci, cuma untuk mengelakkan HATI dari TERUS TERGURIS dan DISAKITI....

Monday, 2 April 2012

Siapa tahu di  sebalik senyumnya,terselit seribu duka.Siapa 


tahu dalam riang tawanya,tersembunyi tangis perit di sudut 


hatinya.Siapa tahu dalam gelak tawanya,betapa dia 


mengharapkan senyuman yang diukirkan itu adalah 


senyuman yang asli,tiada yang palsu mahupun dibuat-


buat.Dalam keriangan yang dipamerkan itu,terselit satu 


ketabahan yang tiada jawapannya,sampai bila segalanya


persoalan dan aliran air mata terus membelenggu hidupnya

“Mengalirkan air mata tidak bermaksud kita lemah,bahkan yang mengalirkannya itulah yang dicintai Allah,yang merintih kerana takutkan Allah,yang merintih kerana memohon kekuatan,yang merintih kerana takutkan kematian,semuanya adalah rintihan air jernih yang keluar dari kelopak mata orang-orang yang beriman….”

SeiNDaH PuRNaMa

Seindah purnama..
Andai hidup diisi dengan lafaz Nama-Mu Indah..
Bukan fitnah sesama ummah…
Tetapi lisan basah dengan zikrullah..
Penuh kesedaran..Keinsafan..Untukmu Allah..
Seindah purnama..
Cahaya dan sinar kehidupan Islami..
Terang Hidayah dalam kehidupan yang cerah..
Pancaran Mukjizat Al-Quran panduan ummah..
Sunnah pendorong kemajuan ummat..
Seindah purnama..
Langkah dan budi muslim sejati..
Mengawal nafsu dan amarah setiap hari..
Setiap saat dimanfaatkan sepenuh hati..
Menuju kasih dan Lembut-Mu yang abadi..
Pada-Mu ku pasrah sepenuh hati..
Agar nukilan ini beralih bentuk..
Pada-Mu ku cuba sentiasa tawadhuk..
Agar langkah menuju Rumah-Mu dalam nukilan yang indah..
Indah dengan cahaya pancaran Hidayah..
Indah..Indah…Seindah Purnama..