CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 12 March 2012

Pelangi Cinta

Di kala hujan renyai sedang melabuhkan titisan-titisannya di langit maka akan kelihatanlah jambatan pelangi nan indah dengan 7 warnanya yang memukau merentasi alam maya tanpa permulaan dan penghujungnya. Cinta yang suci dan indah hanya akan terhasil bila dua insan yang saling memahami, saling menyayangi dan saling memerlukan bersatu dan berkerjasama membentuk cinta. Persis pelangi nan indah yang terhasil daripada gabungan titisan gerimis dan cahaya matahari. Tanpa keduanya tidak akan muncullah jambatan pelangi dengan 7 warna indahnya di langit.

Kita Ditakdirkan Bersama

Kekasih cinta ku terhadap mu semakin subur, mekar dan mewangi di taman asmara ini. Setiap hari yang berlalu menjanjikan kematangan kepada cinta kita. Aku sememangnya ditakdirkan untuk mu dan kau ditakdirkan untuk ku. Peganglah janji cinta kita bahawa kita akan kekal bersama sehingga maut memisahkan. Mari kita buktikan kepada dunia cinta kita bukan ilusi. Cinta kita nyata dan abadi. Sayang madah-madah cinta mu menjadi pengikat cinta kita. Madah-madah cinta mu sentiasa bermain di fikiran ku, menjadi teman setia dikala sunyi menjadi pengubat rindu dikala berjauhan. Cinta mu mungkin bukan yang pertama bagi ku tapi aku berharap semoga cinta ini adalah yang terakhir kerana aku tidak mahu berpisah lagi dengan mu sayang… Aku sudah begitu memuja mu… Aku sudah terlalu cinta kepada mu…

Rindu serindunya -rindunya...

Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwa ku
Setelah kasih lama berlalu
Tidak mungkin ku lupa
Perjanjian kita
Di bawah rumpun bambu
Di kala bulan sedang beradu oh..oh..
Mengapa terjadi perpisahan ini
Di kala asmara melebar sayapnya
Mengapa kau pergi di saat begini
Di kala hatiku terlukis nama mu
Kalau memang tiada jodoh
Apa lagi nak ku heboh
Aku malu pada teman
Pada semua
Rindu … rindu serindu rindunya
Namun engkau tak mengerti oh…oh
Pilu … pilu sepilu pilunya
Namun engkau tak perduli
Malu … semalu malunya
Namun apa daya orang tak sudi
Mahu … semahu mahunya
Namun apa daya orang dah benci
Berikanlah jawapan
Huraikanlah simpulan
Biar tenang jiwaku
aku malu

Madah Cinta

Kadang-kadang bila kita sudah memiliki sebuah cinta kita terlupa yang cinta itu masih perlu sentiasa dipupuk dan dibajai dengan kasih sayang. Kita terlalu yakin kita akan memiliki cinta itu sampai bila-bila pun. Apabila segalanya berakhir barulah kita akan menyedari kesilapan yang kita telah lakukan. Dan malangnya kesedaran itu sentiasa datang terlambat.
Bagaimana harus di luahkan
Perasaan ku pada mu
Yang selama ini ku pendamkan
Dalam diam ku
Sukar untuk ku berterus-terang
Tentang perasaan ini
Bimbang seandainya tak kau terima
Musnah harapan ku

Bagaimana harus aku
Menghadapi semua itu
Sedangkan ku menyintai  mu sepenuh hati
Tak mudah untuk ku melupakan diri mu
Kau bagi ku segala-galanya

Pada yang maha kuasa
Ku panjatkan doa
Moga dibukakan pintu hati mu
Kan ku buktikan kejujuran cinta ku

Jangan biar keraguan
Menghantui jiwa ku
Dalam ku meniti sebuah kepastian
Dari bibir mu…oh kasih

Kasih dan sayang
Cinta dan rindu
Tersemat di jiwa ku
Usah biar ku kecewa
Berbalut luka
Agar kau mengerti
Yang selama ini
Aku menyintai mu…

Segalanya Tentang Cinta

Dalam perca-perca kenangan cinta, aku teringatkan titik permulaan aku mengenali diri mu. Beginilah cinta, mewarnai kehidupan kita semenjak kecil sehinggalah kita dewasa. Aku sering mengharapkan agar kau kekasih ku menoktahkan kebimbangan diri ini dalam percintaan. Mari kita buktikan pada dunia bahawa cinta kita ini suci dan abadi. Aku pegang erat janji mu, kita menuju gerbang cinta sejati. Jangan biarkan cinta ini karam di lautan sepi. Jangan biarkan kemenangan berpihak kepada mereka yang menjadikan cinta kita sebagai bahan perjudian. Mereka semua tidak berhak menilai percintaan kita, kerana rasa kasih dan sayang yang kita kongsi bersama ini hanyalah kita yang mampu memahaminya.
Aku umpama sekuntum mawar,  cantik menawan dengan haruman lalu datang sang kumbang menyapa, memberi kasih menitip sayang lalu bermulalah suatu episod cinta agung antara kita.
Cinta ini umpama secawan madu dengan hempedu. Dilimpahi dengan kemanisan tetapi juga dipenuhi dengan pancaroba. Jika kita ingin merasai kemanisannya, jangan lupa untuk bersedia merasai kepahitannya juga..
Cinta datang kepada orang yang masih mempunyai harapan, walaupun mereka telah dikecewakan. Kepada mereka yang masih percaya, walaupun mereka telah dikhianati. Kepada mereka yang masih ingin mencintai, walaupun mereka telah disakiti sebelumnya dan Kepada mereka yang mempunyai keberanian dan keyakinan untuk membangunkan kembali kepercayaan.