CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Sunday, 11 March 2012

Hapuslah airmatamu,Allah bersamamu...

Buat dirimu yang terluka, hapuslah airmatamu.
Sesungguhnya Allah bersamamu.
Engkau jiwa tulus yang baik yang tidak berhak disakiti
Dalam kesedihan dan kegembiraan,
ketulusanmu selalu dekat dengan air matamu.
Walaupun pandanganmu terburamkan oleh air mata,
sebetulnya hatimu mengerti bahwa Tuhan
tersenyum penuh kasih menantikan ketulusan hatimu.
Tidak ada tangisan yang lebih indah
daripada tangisanmu yang menyerahkan beban berat
yang seharusnya telah lama kau serahkan kepada Tuhanmu.
Serahkanlah semua bebanmu.
Tuhan sangat tersanjung menerima penyerahanmu.
Itu sebabnya Dia kau sebut sebagai Tuhan-mu.

A walk in the clouds

O Allah The Al-Mighty, O Most Merciful, Most Kind
Help and guide me to walk again.
I am but Your weak and poor servant.
Never leave me, O my Allah,
not even for a second, or a blink of an eye.
(Tears)

unconditional love

I just wanted to let you know that I love you.
I don’t love you because of what you do or don’t do. I don’t love you because of what you give or don’t give. I don’t love you today, and not tomorrow. I don’t love you for now, but only so long as you don’t do certain things or keep doing other things.
I just love you unconditionally.
And I wanted you to know that.

forty days of forgiveness

“Forgive earnestly for 40 days, and see the difference in how we attract the reaction of others.. Because when we forgive, it cleanses our heart. And when we’ve cleansed the inside, Allah will change the people around you, Insya’ Allah.”
~ Dato’ Hj Fadzilah Kamsah
P.S.  اِ نْ شَآ ءَ اللّهُ ~ When we do our best, (and we must take action), God will do the rest.
Sebuah renungan..
‘Usahlah kau menagih belas kasihan dari manusia,
kerana belas kasihannya sekejap sekejap saja.
Bila kau sebatang kara dan menangis,
mungkin manusia akan mendengar keluhanmu,
tapi sekejap sekejap saja.
Mereka akan bosan pada satu ketika,
kerana itulah tabiat manusia.
Lebih parah bila kau di uji si muka-muka
yang gelumang nifaq dan cinta dunia
Kecuali mereka yang telah dikurniakan Allah
rahmat pada jiwa-jiwanya.
 (Quran, 12:53)
Palingkan wajahmu hanya kepada Dia -
yang lebih dekat dari urat lehermu,
yang lebih Menyayangi dan Mengasihanimu..
walaupun kau sering saja lupa taat,
sujud dan bersyukur di atas segala nikmat,
yang telah zahir kepadamu dan yang tidak terlihat
..bahkan kau selalu saja derhaka dan bermaksiat.
Jika sedikit ditarik nikmat-Nya,
kau pasti terduduk, ternganga.
Tiada manusia yang terlalu gagah untuk hidup tanpa Allah.
Jangan kau zalimi diri.. jangan kau berulah,
jangan kau zalimi orang yang lemah,
kerana Yang Membalas dan Membelanya adalah Allah.
Al-Jabbar, Yang Maha Gagah
Bila sakit, ingat.
Bila suka, lupa.
Sedarlah.
Malulah.
Beradablah kepada Allah.
Sebelum berakhir perjanjian,
antara jasad dan jiwa.’
Duhai Tuhan Pemilik Arasy yang Agung,
kepada-Mu kuserah jiwa dan raga,
Apa yang telah Kau tetapkan sebagai anugerah,
akan tetap sebagai anugerah.
Tanpa-Mu aku kan hilang segala-galanya.
Pandangan Kasih dan Rahmat-Mu, yang kurayu dan kudamba,
sehingga ke penghujung nyawa.
P.S. Memandang dia, aku pun ingat pada-Nya. Dan cinta pada Sang Pencipta, yang menjadikan aku sebagaimana adanya, semakin membening. Subhanallah, Maha Besar Engkau ya Rabbi, yang telah memberi anugerah pertemuan ini. Rahmatilah jiwa-jiwa kami, sebagaimana Engkau rahmati jiwa-jiwa yang muthma’inah. Kekalkanlah persaudaraan kami, dalam mulianya budi pekerti dan murninya ikhlas – fi sabilillah.. sehingga ke syurga-Mu, selamanya. (Amin ya Allah)

Saturday, 3 March 2012

Sama-sama mencari keredhaan Allah

Ya Allah Ya Ilahi,
kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati & menyebut nama-Mu
hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.


Ya Allah Ya Malik,
kurniakanlah kami iman yang sempurna
hati yang khusyu'
ilmu yang berguna
keyakinan yang benar-benar mantap.


Ya Allah Ya 'Aziz,
kurniakanlah kami (Din) cara hidup yang jitu & unggul
selamat dari segala malapetaka.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman & keyakinan
serta keindahan tawakkal kepada-Mu.


Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
kami memohon kecukupan yang tidak sampai sehingga kami terpaksa meminta jasa orang lain.
Berikanlah kami iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri atau menyembah selain dari Engkau sendiri.
Kembangkanlah lembayung rahmat-Mu
kepada kami, keluarga & anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami.


Ya Allah Ya Rabbi Ya 'Alim,
Jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri;
walaupun sekadar sekelip mata atau sekadar masa yang lebih pendek dari itu.


Wahai Tuhan yang paling mudah & cepat memperkenankan pinta..
Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah
Engkau Maha memberi rezeki tanpa berhitung kepada sesiapa sahaja yang Engkau mahu walaupun  dengan kemungkaran kami balas.


Menjelanglah kini malam ciptaan-Mu
beredarlah sudah siang-Mu
inilah keluhan suara & pinta dari para pendakwah-Mu
maka oleh itu
Ampunkanlah dosaku Ya Ilahi..


 Ya Allah Ya Quddus
Selawat & restu-Mu untuk junjungan kami Muhammad s.a.w,
Nabi yang Mulia,
kepada keluarga baginda & para sahabat Baginda semuanya

Thursday, 1 March 2012

Salam Penghulu Segala Hari

‎"Berjalanlah dengan penuh harapan walau hidup ini tak selalu bahagia,sedekahkanlah


 senyuman walau dihatimu tak lagi bertahan,

belajarlah memaafkan walau dirimu terluka.

Berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran,hiduplah dalam iman walau


 hari dipenuhi godaan dan berpeganglah kepada allah walau dia tak kelihatan,bukti dan


 kasihnya,kita masih wujud didunia pinjaman ini.

Mungkin ada hikmah yang berlaku sesuatu pekara,yakinlah tuhan menguji hambanya yang


 mengaku keimanannya.jangan terlalu berkhayal untuk jadi yang "TERBAIK" kerana hidup ini


 tak semudah engkau sangkakan.

Perihal kehidupan,sebagai cermin dalam menilai sebuah pen
gabdian yang hakiki lagi abadi"