Ya Allah Ya Ilahi,
kurniakanlah kami lisan yang lembut basah mengingati & menyebut nama-Mu
hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-Mu serta badan yang ringan menyempurnakan ketaatan kepada perintah-Mu.
Ya Allah Ya Malik,
kurniakanlah kami iman yang sempurna
hati yang khusyu'
ilmu yang berguna
keyakinan yang benar-benar mantap.
Ya Allah Ya 'Aziz,
kurniakanlah kami (Din) cara hidup yang jitu & unggul
selamat dari segala malapetaka.
Lapangkan hati-hati ini dengan limpahan iman & keyakinan
serta keindahan tawakkal kepada-Mu.
Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim,
kami memohon kecukupan yang tidak sampai sehingga kami terpaksa meminta jasa orang lain.
Berikanlah kami iman yang sebenarnya sehingga kami tidak lagi gentar atau mengharap orang lain selain dari Engkau sendiri atau menyembah selain dari Engkau sendiri.
Kembangkanlah lembayung rahmat-Mu
kepada kami, keluarga & anak-anak kami serta sesiapa sahaja yang bersama-sama kami.
Ya Allah Ya Rabbi Ya 'Alim,
Jangan Engkau biarkan nasib kami ditentukan oleh diri kami sendiri;
walaupun sekadar sekelip mata atau sekadar masa yang lebih pendek dari itu.
Wahai Tuhan yang paling mudah & cepat memperkenankan pinta..
Sesungguhnya Engkau Maha Pemurah
Engkau Maha memberi rezeki tanpa berhitung kepada sesiapa sahaja yang Engkau mahu walaupun dengan kemungkaran kami balas.
Menjelanglah kini malam ciptaan-Mu
beredarlah sudah siang-Mu
inilah keluhan suara & pinta dari para pendakwah-Mu
maka oleh itu
Ampunkanlah dosaku Ya Ilahi..
Ya Allah Ya Quddus
Selawat & restu-Mu untuk junjungan kami Muhammad s.a.w,
Nabi yang Mulia,
kepada keluarga baginda & para sahabat Baginda semuanya
Nabi yang Mulia,
kepada keluarga baginda & para sahabat Baginda semuanya


No comments:
Post a Comment