CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Monday, 26 March 2012

Allah Pendamping Abadi

Dia sangat memahami saya. Betul, Dia sayang saya.
Tapi, Dia pun tahu fitrah seorang hamba, yang Dia sendiri ciptakan. Setiap manusia perlukan pendamping. Yang bersifat sama. Seorang hamba..

Jadi setiap orang dah ditentukan jodoh masing-masing. Termasuklah saya sendiri. Semua orang nak yang terbaik untuk kebahagian dunia & akhirat. Saya pun! Dan Dia tahu saya nakkan yang terbaik.
Tetapi, Saya tidak dambakan kesempurnaan yang hakiki pada dirinya sebab saya pun tidak sempurna & penuh dengan kekurangan. Cukuplah kami terus & terus berusaha untuk tampak sempurna di mata-Mu,
Ya Rabbi Ya Mujiib Ialhi..
Yang penting, saya kenalah berusaha dulu dari sekarang untuk berada dikalangan mereka yang solehah. Moga Allah kurniakan saya cinta yang mampu menjadi pendayung yang boleh membawa saya kepada cinta yang Hakiki iaitu, cinta Ilahi yang abadi hingga ke syurga..
Hanya doa saya kepada-Nya yang menjadi wasilah dalam mencari secebis kekuatan untuk memelihara saya & juga dirinya dari ujian & mehnah di  usia alam keremajaan ini. Aamiin Ya Rabb!

Dia berfirman:
"... sedangkan perempuan-perempuan yang baik untuk laki-laki yang baik & laki-laki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik (pula)..."
(An-Nur, 24: 26)

Saat itu, takkan pernah tercepat. Dan takkan sekali-kali terlambat.
Bila si dia di sisi, yang pasti Dia tetap di hati.
Awak dah berkenalan dengan Allah? Kalau belum, mulakan lah perkenalan. Bimbang kalau terlambat. Dan awak takkan pernah sedar yang Allah itu sweet!
Thank you Allah!

No comments:

Post a Comment