CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »

Wednesday, 21 March 2012

ama aku terperangkap dalam kepalsuan Aku sangka yang indah kulihat itu bahagia yang merdu kudengar itu bahagia yang lembut kusentuh itu bahagia Sungguh bahagia itu benar masuk dari mataku telingaku sentuhanku terus ke dalam hatiku Rasanya benar Rasanya nyata Rasanya jelas Di dalam dada Aku terasa bahagia Benar-benar merasainya Malah menikmatinya Lalu aku sentiasa mencari Sehingga menjadi agenda setiap waktuku Saban hari, saban minggu mencari… ke sana sini yang indah, yang merdu, yang lembut agar hatiku sentiasa bahagia Rupanya aku tertipu Walaupun aku rasa bahagia Ia cuma bahagia sandaran Hilang yang indah, hatiku resah Hilang yang merdu, hatiku mencari Hilang yang lembut, hatiku menunggu Benarlah kata Allah Ketika aku tidak menyedariNya, Akibat sibuk mencari bahagia sandaran Dia akan memasukkan syaitan dalam hatiku Lalu syaitan-syaitan itu benar-benar menghalangiku dari jalan yang benar dan aku menyangka bahawa semua itu bahagia yang benar Sedangkan aku tertipu Oh! Tuhan, Kini aku sedari bahawa bahagia yang sebenar adalah bahagia yang tiada sandaran melainkan bersandar hanya kepadaMu oh Tuhan. Oh! Tuhan, Engkaulah yang terus mengilhamkan ke dalam hatiku bahagia Engkaulah yang menjadikan aku cinta kepada keimanan dan menjadikan iman itu indah dalam hatiku serta menjadikan aku benci kepada kekafiran, kefasikan dan kederhakaan. Tanpa perlunya yang indah, yang merdu, yang lembut… Kerana yang indah, merdu dan lembut itu adalah hanya sebuah sandaran Hanya sebuah bahagia yang menipu Terima kasih ya Allah kerana memilihku menjadikan aku faham lalu menjadikan aku tersedar bahawa bahagia yang benar adalah bahagia yang terus masuk ke dalam jiwa tanpa melalui pacainderaku dan bahagia itu adalah bahagia sejati tanpa sandaran Terima kasih Tuhan kerana menjadikan aku HambaMu yang sentiasa menyedariMu setiap saat dalam kehidupan ini Terima kasih ya Allah, terima kasih.

No comments:

Post a Comment