Khas buat Ibu & Ayah:
Ibu Ayah merupakan hadiah yang paling termahal & terindah dari Penciptaku dalam hidup ini. Tiada yang tertanding. Yang paling berharga, apabila hadiah ini diterima sebelum saya lahir ke dunia lagi. Ibu & Ayah adalah amanat dari Allah yang perluku jaga sebaiknya agar ianya sentiasa berada di dalam keadaan baik & sempurna sepertimana Allah pinjamkan kepadaku pada awalnya.
Ibu Ayah,
ku mohon maaf andai diriku masih belum tergolong dikalangan anak-anak yang soleh & solehah. Saya miskin harta & tak punya apa. Tetapi, apa yangku ada hanyalah, Allah SWT. Dia kaya & Dia ada segalanya untuk apa yangku tak punya. Kuberdoa moga Ibu Ayah sentiasa berada di dalam lindungan, penjagaan, kasih sayang, cinta & redha Ilahi hingga ke akhirnya. Hanya doa yang mampu kukirimkan tanda ingatan & kasih sayang yang tulus berpanjangan & tiada bertepian.
Ibu Ayah,
Andai diri ini pergi dahulu sebelum Ibu & Ayah, redhailah permergianku. Halalkan segalanya atas segala yang belum kubalasi. Jangan sesekali ditangisi kerana itulah ujian Ilahi tanda Ibu Ayah dicintai Rabbi. Kasih sayang & cinta kalian berdua terhadapku, kudoakan moga dibalas dengan kasih sayang & cinta Ilahi yang abadi. Doakan moga diriku tergolong dikalangan anak-anak yang soleh & solehah. Moga Syurga yang Abadi menjadi saksi pertemuan kita kembali setelah berpisahnya jasad kita di dunia yang fana'..
Amiin Ya Rabbal Alamiin
Yang merindu & dirindui,
Anakmu..
Friday, 23 March 2012
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

No comments:
Post a Comment